Tuesday, June 29, 2010

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan 2

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan


Tuan Rumah: En Nasir dan Pn Norizah

Tarikh: 26 Jun 2010


Majlis menyambut menantu ini di adakan pada hari Sabtu, dimulai dengan aktiviti merebus telur pada malam Jumaat, 24hb Jun, secara bergotong-royong. Keesokkan harinya bermulalah aktiviti merewang termasuk membersihkan ayam dan daging, memotong bawang dan membungkus 'door gift'.

Pada sebelah malamnya diadakan majlis doa selamat dan penduduk di kejiranan ini disajikan dengan soto daging. Pada 26 Jun, bermulalah majlis bersejarah dengan memasak lauk pauk kenduri iaitu nasi beriyani dan lauk-pauknya. Juga hidangan pengantin dan menghiris bunga rampai. Kejiranan lelaki pula membantu dari segi susun atur meja, pinggan mangkuk dan segala urusan logistik. Semuanya dibuat secara gotong-royong. Oh ya, warna tema majlis ini ialah biru.

Berikut dimuatkan beberapa foto untuk tatapan keluarga pengantin, tuan rumah dan semua-semua penduduk di kejiranan KRT Pangsapuri Merak.




Walimatul Urus Majlis Perkahwinan 1

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan

Tuan Rumah: En Yusoff dan Pn Hajah Salma

Tarikh: 6 Jun 2010






Monday, June 28, 2010

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan

Untuk makluman pembaca blog, penduduk kawasan RT Merak akan terlibat secara langsung di dalam menjayakan majlis-majlis perkahwinan di sini. Ianya termasuklah dari berkampung, rewang sehinggalah ke hari berlangsungnya majlis.

Dari pinggan mangkuk ke periuk belanga serta peralatan memasak, semuanya menggunakan peralatan RT Merak sendiri. Tidak lupa pula pada chef-chef dari air tangan penduduk kawasan RT Merak ini.

Majlis Kesyukuran Hari Ulangtahun Kelahiran 5

Tarikh/Masa: 23 Mei 2010/3 petang

Aktiviti: Majlis Kesyukuran Hari Ulangtahun Kelahiran Bulan Mei

Lokasi: Surau Al-Falah Pangsapuri Merak



Foto2 berikut adalah sekitar aktiviti sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran untuk bulan Mei 2010.

Selamat panjang umur kepada yang diraikan, semoga majlis silaturrahim ini akan memberi makna yang besar di dalam hidup kalian, selamat panjang umur, dimurahi rezeki oleh Allah swt.










Majlis Kesyukuran Hari Ulangtahun Kelahiran

Untuk pengetahuan semua penduduk kawasan RT Merak yang beragama Islam, program ini diadakan setiap bulan dengan anjurannya diadakan bersama AJK Surau Al-Falah.

Pengisian majlis ini ialah dengan mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat serta jamuan ringan yang diadakan secara ‘pot luck’.

Foto-foto yang dimuatkan adalah untuk tatapan yang diraikan dan pengetahuan penduduk kawasan RT Merak.

























Perarakan Sambutan Maulid Nabi 2010








Perarakan Sambutan Maulid Nabi, 26 Februari 2010

Program ini adalah anjuran Sekolah Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Bukit Idaman manakala jemaah Surau Al-Falah dan penduduk beragama Islam kawasan RT Merak dijemput istimewa bagi mengimarahkan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Bagi memeriahkan suasana, penduduk telah sepakat untuk mengenakan warna tema hijau sebagai tanda persepakatan sesama penduduk. Acara bermula pada pagi 26 Februari dengan semua yang terlibat di dalam perarakan berkumpul di perkarangan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Tijarah di mana maklumat ringkas mengenai aturcara majlis oleh Pengetua.

Foto-foto diatas adalah untuk tatapan semua yang terlibat dan penduduk kawasan RT Merak.



Program Gotong Royong 2010 dan Foto

Program Gotong Royong, 13 Mac 2010

Program Gotong Royong ini merupakan aktiviti utama yang telah direalisasikan pada tahun 2010.

Program ini adalah acara tahunan bagi memastikan keadaan persekitaran kawasan RT Merak di dalam keadaan yang memuaskan. Di dalam menyahut kempen “10 MINIT SETIAP MINGGU MUSNAHKAN AEDES, PERANGI DENGGI”, program ini secara tidak langsung membantu kerajaan di dalam menangani penyebaran wabak denggi di kawasan kediaman.

Beberapa siri mesyuarat AJK telah dijalankan bagi memastikan kejayaan program tersebut. Beberapa pihak telah dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan program tersebut seperti pihak Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ideal Heights Properties, Kementerian Kesihatan dan Alam Flora.

Foto-foto sekitar program tersebut adalah untuk tatapan semua penduduk kawasan RT Merak.

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PROGRAM YANG AKAN DIREALISASIKAN

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PROGRAM YANG AKAN DIREALISASIKAN

Bagi tempoh setengah tahun berakhir 30 Disember 2010, AJK RT Merak telah merangka beberapa aktiviti yang bakal direalisasikan dalam setengah tahun berikutnya.

Antara aktiviti-aktiviti dan program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh

Penganjuran Aktiviti dan Program

3 Julai 2010

Kelas Memasak

Anjuran: AJK Jiran Wanita

Tenaga Pengajar: Pn Syidah

Resepi: 2 jenis Biskut Raya

24 Julai 2010

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan

Wak dan Kak Mah

Dalam perancangan

Kelas Jahitan

Anjuran: AJK Jiran Wanita

Tenaga Pengajar: Pn Rohana

Fesyen: Baju Kurung

Dalam perancangan

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim/Orang Tua

Anjuran: AJK Jiran Usia Emas

Ketua: En Mohd Fuad Ariffin

Lokasi: Akan diberitahu kelak


Aktiviti-aktiviti yang telah direalisasikan 2010

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PROGRAM YANG TELAH DIREALISASIKAN

Bagi tempoh setengah tahun berakhir 30 Jun 2010, AJK RT Merak telah merealisasikan beberapa aktiviti yang telah dirancangkan pada awal tahun ini. Antara aktiviti-aktiviti dan program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh

Penganjuran Aktiviti dan Program

26 Februari 2010

Perarakan Sambutan Maulid Nabi

Anjuran Sekolah Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Bukit Idaman bersama AJK Surau Al-Falah dan AJK RT Merak

13 Mac 2010

Program Gotong Royong


xx xxx 2010

6 Jun 2010

26 Jun 2010

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan

  1. En Kamaruddin dan Pn Nor
  2. En Yusoff dan Pn Salma
  3. En Nasir dan Pn Norizah

Bulanan

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Hari Ulangtahun Kelahiran

Anjuran bersama antara AJK Jiran Wanita dan AJK Surau Al-Falah

Bulanan

Majlis Ilmiah untuk Wanita

Anjuran bersama antara AJK Jiran Wanita dan AJK Surau Al-Falah