Sunday, March 13, 2011

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan 2

Aktiviti: Walimatul Urus Majlis Perkahwinan 2
Tuan Rumah: En Jalil dan Puan Rahizan
Tarikh: 20 Februari 2011



Sekali lagi, AJK KRT Pangsapuri Merak tidak lupa menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan membantu dimajlis kenduri perkahwinan sebagai penanggah. Berikut dimuatkan foto2 di majlis tersebut.



Penanggah wanita berfoto bersama pengantin perempuan dan tuan rumah, Puan Rahizan.


Penanggah wanita berfoto dengan pasangan pengantin.


Penanggah lelaki juga tidak ketinggalan berfoto dengan pasangan pengantin.



Penanggah lelaki.










Wednesday, March 2, 2011

Gotong-royong dan cadangan pembinaan gelanggang

Aktiviti: Gotong-royong
Tarikh: 15 Februari 2011

Satu aktiviti gotong-royong membersihkan dan merobohkan permainan kanak-kanak yang telah reput dan lapuk kerana diperbuat dari kayu telah diadakan pada 15 Februari 2011. Ini bagi membolehkan pembinaan gelanggang tiga dalam satu (3+1) dibina di atas tapak lokasi permainan tersebut.

Pada masa ini, pihak kami sedang mengusahakan bagi mendapatkan dana bagi merealisasikan cadangan pembinaan gelanggang 3+1 tersebut yang meliputi gelanggang bola keranjang, badminton dan takraw.

Berikut dimuatkan foto-foto sekitar aktiviti gotong-royong tersebut.