Thursday, August 5, 2010

Menyambut Ramadhan 1431H

Sempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelang, pihak AJK KRT Pangsapuri Merak bersama-sama AJK Surau Al-Falah telah mengadakan aktiviti Gotong Royong pada 31 Julai 2010, membersihkan surau, mengganti permaidani dan memperbaiki peralatan yang rosak.

Ini bertujuan untuk memastikan semua jemaah berada dalam keselesaan apabila menjalani ibadah solat fardu berjemaah, bertarawikh dan bertadarus pada bulan Ramadhan nanti.

Berikut adalah foto-foto sekitar aktiviti gotong-royong tersebut.