Friday, July 16, 2010

Nasyid dan Marhaban

Aktiviti: Latihan Nasyid dan Marhaban

Tenaga Pengajar Jemputan: Puan Noraini

Lokasi: Surau Al-Falah, Pangsapuri Merak

Penganjur: AJK Jiran Wanita

Tarikh/Hari/Masa: 17 Julai 2010/Sabtu/9.30 malam


Untuk pengetahuan kejiranan KRT Pangsapuri Merak, beberapa siri latihan nasyid dan marhaban akan diadakan di dalam minggu hadapan bermula pada malam ini 17hb Julai 2010. Oleh yang demikian, puan-puan adalah dijemput hadir menyertai latihan tersebut. Latihan berikutnya adalah malam esok 18, 19, 20 dan 21hb Julai 2010 selepas solat Isya'.

Latihan2 ini adalah persediaan, bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak pasangan Wak dan Kak Mah (nama glamour di kejiranan ini).

Bersama-sama ini dimuatkan beberapa foto untuk sesi latihan yang pertama yang dibimbing oleh tenaga pengajar jemputan.










Persembahan Marhaban dan Berzanji Majlis Perkahwinan Suria pada 24 Julai 2010



Thursday, July 15, 2010

Kelas Masakan 3


Kelas Membuat Pizza dan Donut Kentang

Tarikh/Hari/Masa: 18 Julai 2010/Ahad/3.00 petang

Aktiviti: Kelas Membuat Pizza dan Donut Kentang serta bonus pasta

Tenaga Pengajar: Puan Norliza

Lokasi: Dewan KRT Pangsapuri Merak

Penganjur: AJK Jiran Wanita

Berikut dimuatkan beberapa foto sekitar berlangsungnya aktiviti jiran wanita pada hari ini untuk tatapan semua yang terlibat dan pengetahuan kejiranan KRT Pangsapuri Merak.

Resepi: Pizza

Ini adalah hasil pizza yang akan dibakar.


Pizza yang sedang dibakar.

Ini pula yang telah siap dibakar, menunggu untuk dipotong-potong.

Resepi: Donut Kentang


Ini adalah doh yang telah siap diuli dan diperap.


Doh dibahahi kepada beberapa bahagian yang kecil dan begini caranya ya puan2..


Tengok betul2 .. nanti ada yang besar dan ada yang kecil.


Dah siap tunggu untuk digoreng.


Donut sedang digoreng dengan minyak yang banyak.


Lumurkan pada gula icing.



Resepi Bonus: Pasta

Lebihan inti pizza.


Pasta direbus hingga kembang.


Gaulkan pasta yang telah direbus dan ditapis ke dalam lebihan inti pizza.


Gaul rata.


Tambahkan serbuk oregan0 atau basil leave atau lead thyme.
SELAMAT MENCUBA!!!






Sambutan Isra' Mikraj 2010

Sambutan Isra' Mikraj 2010

Tarikh/Hari: 10 Julai 2010/Sabtu

Lokasi: Surau Al-Falah, Pangsapuri Merak

Penceramah Jemputan: Ustaz Nik Hussin

Tajuk Ceramah: Nabi Muhammad s.a.w. dan Peristiwa Isra' Mikraj


Pengisian aktiviti terdiri dari memasak secara gotong-royong, solat maghrib berjemaah, ceramah mengenai Isra' Mikraj, solat Isya' berjemaah dan jamuan makan khusus untuk penduduk beragama Islam di kejiranan KRT Pangsapuri Merak.

Berikut dimuatkan sekali foto2 sekitar aktiviti memasak secara bergotong-royong. Menu yang dipilih ialah masak sup kicap daging bersama roti Perancis, bihun dan mee kuning.

Kita lihat bagaimana chef di kejiranan ini merealisasikan hidangan ini ...




Tuan punya resepi hari ini dan ini adalah resepi mak saya, katanya.




Panaskan minyak masak dulu.



Kemudian masukkan rempah penumis.




Rempah penumis lagi.





Kemudian campurkan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah diblend.


Bahan terakhir, rempah.


Inilah hasilnya.




Nak masak air ni.


Antara yang turut membantu.


Kelas Masakan 2

Kelas Membuat Biskut Raya 2


Tarikh/Hari/Masa: 11 Julai 2010/Ahad/3.00 petang

Aktiviti: Kelas Membuat Biskut Raya 2 - Almond London dan choc. crunchy

Tenaga Pengajar: Pn Shamsiah Mohamad

Lokasi: Dewan KRT Pangsapuri Merak

Penganjur: AJK Jiran Wanita



Alhamdullilah, kelas yang diadakan pada hujung minggu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana seramai 23 orang kaum ibu telah menghadiri aktiviti tersebut.

Terima kasih kepada tenaga pengajar kerana sudi berkongsi resepi dan bagaimana membuatnya kepada kaum ibu2 di kejiranan KRT Merak. Raya tahun ni biskut kita sama la yee!!

Berikut adalah foto-foto sekitar perjalanan kelas tersebut.

Friday, July 2, 2010

Kelas Masakan 1

Tarikh/Hari/Masa: 3 Julai 2010/Sabtu/9.00 malam

Aktiviti: Kelas Membuat Biskut Raya - Biskut Dahlia dan Cornflake

Tenaga Pengajar: Pn Syidah

Lokasi: Dewan KRT Pangsapuri Merak

Penganjur: AJK Jiran Wanita



Kelas pada malam ini mulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua AJK Jiran Wanita. Tenaga pengajar adalah penduduk di KRT Pangsapuri Merak iaitu Puan Syidah. Berikut adalah pengisian aktiviti tersebut untuk tatapan penduduk KRT Pangsapuri Merak khasnya dan semua pembaca blog ini.

Kedatangan peserta adalah menggalakkan iaitu 19 orang dan peserta-peserta dikenakan bayaran bahan-bahan masakan hanya RM5.00.


ResepiBold 1
Biskut Dahlia


Bahan-bahan
150 gm mentega
120 gm tepung gandum
80 g tepung kastad
50 gm tepung jagung
80 gm gula aising
1 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
sedikit ceri untuk hiasan

Caranya
1. Mentega dan gula aising dipukul hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan gaul rata
3. Masukkan tepung yang diayak dan diuli hingga adunan lembut
4. Isikan ke dalam beg piping / acuan dahlia. Tekankan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bubuh ceri.
5. Bakar pada ketuhar yang dipanaskan (suhu 170C selama 20 minit)




Resepi 2
Biskut Cornflake

Bahan-bahan