Sunday, May 6, 2012

AKTIVITI BULAN APRIL 2012 - SUKANEKA PERPADUAN 2012

AKTIVITI BULAN APRIL 2012 

Sukaneka Perpaduan 2012

Adalah dimaklumkan bahawa pihak KRT Pangsapuri Merak akan mengadakan program Sukaneka Perpaduan 2012, butir-butir program adalah seperti berikut:

Program: SUKANEKA PERPADUAN 2012
Tarikh: 28 April 2012/Sabtu

Semua penduduk di kejiranan Pangsapuri Merak adalah dijemput hadir.

Pelbagai acara menarik telah dirancang bagi memeriahkan program Sukaneka ini.

Antaranya:

21 April 2012 
1. Pertandingan Memasak Rendang Ayam
2. Pertandingan Menggubah Lipatan Tuala
3. Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak

28 April 2012 
1. Perasmian Sukaneka dan Permainan Kanak-kanak oleh  Dato' Seri Subahan Kamal, ADUN Taman Templer.

2. Acara Sukaneka - Kategori Umur dan Acara

4 – 6 tahun

Isi air dalam botol (kumpulan)
Rebut Gula-Gula (individu)
7 – 9 tahun

Bawa bola pingpong dalam sudu (kumpulan)
Tiup belon sampai pecah (individu)
10 – 12 tahun

Tarik upih/guni (kumpulan)
Cari gula-gula dalam tepung (individu)
Remaja dan Dewasa







Boling Kelapa  - Dewasa (Kumpulan)
Jalan Ketam Bawa Bola – Dewasa   (Kumpulan)
Lari Dalam Guni  - Remaja (Kumpulan)
Tapak Tempurung - Remaja (Kumpulan)
Tarik Tali - Campur (Kumpulan)
Mumia   (Keluarga)
Cari Barang (Individu)
Bola Beracun   (Individu)
 3. Cabutan Bertuah

Berikut dimuatkan foto-foto berkaitan aktiviti program Sukaneka tersebut untuk tatapan:-

Ini adalah 'banner' - hebahan dan promosi kami tentang program tersebut.


21 April 2012 

1. Pertandingan Memasak Rendang Ayam
2. Pertandingan Menggubah Lipatan Tuala
3. Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak


 Peserta Pertandingan Gubahan Lipatan Tuala bersama hasil gubahan masing-masing.





 Antara foto-foto peserta Pertandingan Memasak Rendang Ayam beserta peralatan dan bahan masakannya sekali.





Peserta kanak-kanak untuk Pertandingan Mewarna - lihatlah gaya mereka mewarna .. dan semua dapat hadiah.



Program:  SUKANEKA PERPADUAN 2012
Tarikh:  28 April 2012 

 Untuk acara perasmian peralatan permainan ..

 Kerja disebalik tabir ... 

Perasmian oleh Dato' Seri ...terima kasih kami ucapkan

dan

cara Sukaneka bermula ..  

Acara isi air dalam botol menggunakan span untuk kategori umur 4 - 6 tahun

Acara mengutip gula-gula siapa yang paling banyak ...

Acara bawa bola ping-pong dalam sudu untuk kanak-kanak kategori 7 - 9 tahun


 Acara cari gula-gula dalam tepung ..

 
Acara tarik tali .. untuk remaja dan dewasa ..

 Acara boling kelapa untuk remaja dan dewasa .. penyertaan sungguh menggalakkan ..



Program:  Ceramah Umum
Tarikh: 30 April 2012/Isnin
Penceramah Jemputan: Y Bhg Dato' Md Daud Che Ngah
Tajuk:  Keajaiban di Tanah Suci Mekah


Alhamdulillah, surau kami telah menerima kunjungan Y Bhg Ustaz dan berkongsi pengalaman beliau semasa membawa jemaah umrah ke tanah suci Mekah. 

Berikut dimuatturun foto-foto sekitar majlis ilmu tersebut.

 Y Bhg Ust Dato. Md Daud Che Ngah

Sebahagian jemaah muslimin




Aktiviti:   Majlis Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran Bulan Mac dan April 2012
Tarikh: 1 Mei 2012/Selasa

Akibat tiada kelapangan kerana terlalu sibuk untuk program Sukaneka, maka majlis bulanan ini terpaksa kami tangguhkan dan diadakan pada cuti umum, Hari Pekerja yang lepas.

Majlis ringkas namun meriah ini kami adakan dengan memanjangkan jemputan kepada jemaah lelaki dan wanita dengan didahului dengan majlis tahlil dan doa selamat.

Berikut kami muat turun foto-foto majlis untuk tatapan semua.

 Kek Hari Lahir untuk bulan Mac dan April 2012

potong kek pulak ..

 Yang diraikan ... 'SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN SEMUA'

No comments:

Post a Comment