Wednesday, June 20, 2012

Aktiviti Bulan Jun 2012


Aktiviti Bulan Jun 2012



Tarikh/hari: 17 Jun 2012/Ahad


Masa:   9:30 am -  1 pm


Tempat: Dewan KRT, Pangsapuri Merak, Bukit Idaman, Selayang

Program: Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Anjuran:  KRT Pangsapuri Merak bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
 

AJK KRT Pangsapuri Merak telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak untuk merealisasikan program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma khas untuk penduduk di kediaman Pangsapuri Merak.  Sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan dimana anggaran lebih 100 orang yang terdiri dari pelbagai kaum telah menyertai program anjuran kami.
Penduduk telah memanfaatkan peluang ini kerana disamping program diadakan pada hari cuti hujung minggu, penduduk juga telah menikmati perkhidmatan pemeriksaan kesihatan tersebut secara percuma.

Program kami ini telah mendapat perhatian Y B Datuk Seri Subahan Kamal, ADUN Taman Templer di mana beliau telah melapangkan masa melawat dan beramah mesra dengan penduduk serta petugas-petugas PKD. 
Foto-foto sekitar program dimuatkan seperti berikut:





Program pada hari ini tidak berakhir begitu sahaja, dimana pihak KRT dan penduduk Pangsapuri Merak dengan kehadiran Y B Datuk Seri, satu majlis ringkas sambutan Hari Bapa telah diadakan selepas solat zohor berjemaah di Surau Al-Falah.

Dimuatkan foto-foto sekitar majlis ringkas tersebut.







Ceramah Khas Isra’ Mikraj

Tarikh/hari: 16 Jun 2012/Sabtu
Masa:   8:00 pm

Tempat: Surau Al-Falah, Pangsapuri Merak, Bukit Idaman, Selayang

Penceramah Undangan: Ustaz Fitri Abdullah dan Ustazah Hamidah Ng

Tajuk Ceramah:  Hijrah
 

Sempena dengan peristiwa Isra’ Mikraj, pihak AJK Surau Al-Falah dibantu oleh AJK KRT Pangsapuri Merak telah sama-sama menganjurkan ceramah khas tersebut dengan mengadakan aktiviti gotong-royong memasak pada petang hari Sabtu. 

Ceramah khas diadakan selepas solat Maghrib telah dihadiri oleh ramai jemaah muslimin dan muslimat di kediaman kami.  Kami juga berbesar hati apabila penceramah undangan sudi menerima jemputan kami serta berkongsi pengalaman mereka yang bersangkut paut dengan Hijrah.

Dimuatkan foto-foto sekitar majlis ilmu tersebut untuk tatapan semua.

Pengerusi majlis En Majidi bersama Ustaz Fitri

 Ustazah Hamidah Ng

 Jemaah muslimin sedang tekun mendengar ceramah

 Antara jemaah muslimat yang hadir

 Jemaah muslimin sedang menikmati jamuan ringkas
 Jemaah muslimat tidak ketinggalan merakamkan foto bersama Ustazah jemputan

No comments:

Post a Comment