Monday, June 28, 2010

Senarai AJK 2010-2012

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA INDUK RUKUN TETANGGA 2010-2012

Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Merak, Bukit Idaman, Selayang

Pengerusi

En Kamaruddin Othman

Timbalan Pengerusi

En Mohammed Md Daud

Setiausaha

Timbalan Setiausaha

Pn Norhatiah Muhamed

Pn Julaiha Sakiman

Bendahari

En Mohamad Saleh Omar

Pengerusi Jiran Usia Emas

Timbalan Pengerusi Jiran Usia Emas

En Mohd Fuad Ariffin

Pengerusi Jiran Wanita

Timbalan Pengerusi Jiran Wanita

Pn Zainab Daud

Pn Hamidah Jam

Pengerusi Jiran Muda

Timbalan Pengerusi Jiran Muda

Setiausaha Jiran Muda

En Mohd Azzirin

En Mohd Fadzli

Pn Norkhazura Kamaruddin


Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi

Rukun Tetangga Kawasan Pangsapuri Merak

Bukit Idaman, Selayang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Alhamdullillah… pada 1 Julai 2010, untuk julung-julung kalinya Rukun Tetangga Kawasan Pangsapuri Merak, Bukit Idaman, Selayang (KRT Merak) telah menzahirkan matlamat salah satu aktivitinya iaitu menubuhkan blognya sendiri di Internet. Ini sejajar dengan matlamat KRT Merak yang ingin menjadikan blog ini sebagai medium penyampaian informasi serta maklumat aktiviti dan program yang telah dijalankan dan yang bakal direalisasikan oleh AJK-AJK.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan medium ini dilihat dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara AJK dan penduduk Pangsapuri Merak, Bukit Idaman Selayang yang berbilang bangsa. Disamping itu juga, kami berharap dengan adanya blog ini akan mendidik semua warga penduduk kawasan Pangsapuri Merak agar lebih terbuka didalam mendalami ilmu IT tidak kira pangkat dan umur.

Akhir kata, saya melahirkan rasa sukacita memaklumkan kepada semua AJK dan warga penduduk Pangsapuri Merak agar memanfaatkan blog ini sebagai medium penyebaran informasi oleh KRT Merak. Segala aktiviti-aktiviti akan dikemaskinikan didalam blog ini.

Selamat melayari komunitimerak.blogspot.com.

Kamaruddin Othman

1 Julai 2010