Sunday, May 6, 2012

AKTIVITI BULAN APRIL 2012 - SUKANEKA PERPADUAN 2012

AKTIVITI BULAN APRIL 2012 

Sukaneka Perpaduan 2012

Adalah dimaklumkan bahawa pihak KRT Pangsapuri Merak akan mengadakan program Sukaneka Perpaduan 2012, butir-butir program adalah seperti berikut:

Program: SUKANEKA PERPADUAN 2012
Tarikh: 28 April 2012/Sabtu

Semua penduduk di kejiranan Pangsapuri Merak adalah dijemput hadir.

Pelbagai acara menarik telah dirancang bagi memeriahkan program Sukaneka ini.

Antaranya:

21 April 2012 
1. Pertandingan Memasak Rendang Ayam
2. Pertandingan Menggubah Lipatan Tuala
3. Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak

28 April 2012 
1. Perasmian Sukaneka dan Permainan Kanak-kanak oleh  Dato' Seri Subahan Kamal, ADUN Taman Templer.

2. Acara Sukaneka - Kategori Umur dan Acara

4 – 6 tahun

Isi air dalam botol (kumpulan)
Rebut Gula-Gula (individu)
7 – 9 tahun

Bawa bola pingpong dalam sudu (kumpulan)
Tiup belon sampai pecah (individu)
10 – 12 tahun

Tarik upih/guni (kumpulan)
Cari gula-gula dalam tepung (individu)
Remaja dan Dewasa







Boling Kelapa  - Dewasa (Kumpulan)
Jalan Ketam Bawa Bola – Dewasa   (Kumpulan)
Lari Dalam Guni  - Remaja (Kumpulan)
Tapak Tempurung - Remaja (Kumpulan)
Tarik Tali - Campur (Kumpulan)
Mumia   (Keluarga)
Cari Barang (Individu)
Bola Beracun   (Individu)
 3. Cabutan Bertuah

Berikut dimuatkan foto-foto berkaitan aktiviti program Sukaneka tersebut untuk tatapan:-

Ini adalah 'banner' - hebahan dan promosi kami tentang program tersebut.


21 April 2012 

1. Pertandingan Memasak Rendang Ayam
2. Pertandingan Menggubah Lipatan Tuala
3. Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak


 Peserta Pertandingan Gubahan Lipatan Tuala bersama hasil gubahan masing-masing.





 Antara foto-foto peserta Pertandingan Memasak Rendang Ayam beserta peralatan dan bahan masakannya sekali.





Peserta kanak-kanak untuk Pertandingan Mewarna - lihatlah gaya mereka mewarna .. dan semua dapat hadiah.



Program:  SUKANEKA PERPADUAN 2012
Tarikh:  28 April 2012 

 Untuk acara perasmian peralatan permainan ..

 Kerja disebalik tabir ... 

Perasmian oleh Dato' Seri ...terima kasih kami ucapkan

dan

cara Sukaneka bermula ..  

Acara isi air dalam botol menggunakan span untuk kategori umur 4 - 6 tahun

Acara mengutip gula-gula siapa yang paling banyak ...

Acara bawa bola ping-pong dalam sudu untuk kanak-kanak kategori 7 - 9 tahun


 Acara cari gula-gula dalam tepung ..

 
Acara tarik tali .. untuk remaja dan dewasa ..

 Acara boling kelapa untuk remaja dan dewasa .. penyertaan sungguh menggalakkan ..



Program:  Ceramah Umum
Tarikh: 30 April 2012/Isnin
Penceramah Jemputan: Y Bhg Dato' Md Daud Che Ngah
Tajuk:  Keajaiban di Tanah Suci Mekah


Alhamdulillah, surau kami telah menerima kunjungan Y Bhg Ustaz dan berkongsi pengalaman beliau semasa membawa jemaah umrah ke tanah suci Mekah. 

Berikut dimuatturun foto-foto sekitar majlis ilmu tersebut.

 Y Bhg Ust Dato. Md Daud Che Ngah

Sebahagian jemaah muslimin




Aktiviti:   Majlis Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran Bulan Mac dan April 2012
Tarikh: 1 Mei 2012/Selasa

Akibat tiada kelapangan kerana terlalu sibuk untuk program Sukaneka, maka majlis bulanan ini terpaksa kami tangguhkan dan diadakan pada cuti umum, Hari Pekerja yang lepas.

Majlis ringkas namun meriah ini kami adakan dengan memanjangkan jemputan kepada jemaah lelaki dan wanita dengan didahului dengan majlis tahlil dan doa selamat.

Berikut kami muat turun foto-foto majlis untuk tatapan semua.

 Kek Hari Lahir untuk bulan Mac dan April 2012

potong kek pulak ..

 Yang diraikan ... 'SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN SEMUA'

Friday, March 30, 2012

PEMBERITAHUAN/NOTIS

Notis Mesyuarat 1

Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat AJK KRT Pangsapuri Merak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh/hari: 2hb April 2012/Isnin
Masa: 9:30 malam
Tempat: Dewan KRT Pangsapuri Merak

Semua AJK dijemput hadir.

Harap maklum.





Sunday, February 19, 2012

Aktiviti Bulan Mac 2012

Marhaban Idaman Firdausi

Tarikh: 17 Mac 2012
Lokasi: Surau Abu Hanipah, Pangsapuri Enggang, Bukit Idaman Selayang
Majlis: Cukur Jambul Adik Naufal Hadiff
anak pasangan En Faizal @ Hisham b Ismail dan Pn Roslinda binti Montil


Adik Naufal Hadiff

Ibu dan anak, Pn Roslinda dan adik Naufal Hadiff

Ahli marhaban Idaman Firdausi merakam gambar kenangan bersama tuan rumah



Aktiviti Bulan Mac 2012

Aktiviti Bulan Februari 2012

Aktiviti Bulan Februari 2012

Aktiviti: Forum Perdana Maulidur Rasul
Tarikh: 11 Februari 2012
Lokasi: Perkarangan tempat letak kereta Pangsapuri Merak, Bukit Idaman

Antara pengisian program sambutan hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., selepas perarakan yang diadakan pada minggu yang lalu, aktiviti Forum Perdana merupakan acara kemuncaknya.

Walaupun program Forum Perdana adalah anjuran pihak Surau Al-Falah, pihak KRT Pangsapuri Merak telah sama-sama membantu menjayakan aktiviti tersebut sejak dari hari Jumaat iaitu memasang khemah hinggalah aktiviti selesai pada malam 11 Februari 2012.

Berikut dimuat-turun foto-foto gotong royong pada petang 11 Februari 2012.


Aktiviti gotong-royong lelaki

Aktiviti gotong-royong wanita

Foto sekitar, malam majlis Forum Perdana dimuatkan untuk tatapan semua.

Barisan ahli panel: Ustaz Datuk Hj Kamaruddin Zakaria (mantan Imam Besar Masjid Negara), Ustaz Drs Ahmad Termizi (juri Imam Muda, Astro) dan Ustazah Asni Mansor (Panel rancangan Tanyalah Ustazah TV9)

Pengerusi Majlis, En Majidi sedang memberikan ucapan alu-aluan

Pengerusi Surau Al-Falah, Bukit Idaman Selayang, En Mohammed Md Daud

Persembahan nasyid kanak-kanak yang bertajuk Ya Rasulullah

Persembahan dari Kumpulan Marbahan Idaman Firdausi, Bukit Idaman dengan nasyid yang bertajuk Junjungan Mulia

Ruang penonton wanita

Ruang penonton lelaki

Ruang penonton lelaki

AJK Wanita merakam kenangan dengan bergambar bersama Ustazah Asni Mansoor

Semua AJK bergambar bersama dif jemputan dan panel forum perdana


Aktiviti: Perarakan Maulidur Rasul 1433 H
Tarikh: 5 Februari 2012
Lokasi: Surau Al-Falah, Pangsapuri Merak, Bukit Idaman

Perarakan dimulai dengan semua peserta berkumpul di perkarangan Surau Al-Falah menuju ke Sekolah Maahad Tahfiz At-Tijarah, Bukit Idaman. Pada tahun ini lokasi perarakan adalah disekitar Taman Bidara dan Taman Bukit Idaman, Selayang.

Berikut adalah foto-foto jemaah lelaki dan jemaah wanita, di sekitar perarakan pada tahun ini untuk tatapan pembaca blog sekelian.









Aktiviti Bulan Disember 2011





Marhaban Idaman Firdausi


Tarikh: 17 Disember 2011
Lokasi: Batu 19 Cheras

Program Hari Keluarga Sihat dan Ceria 2011

Aktiviti Bulan November 2011

Program diadakan pada 27 November 2011 dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Selayang. Foto-foto sekitar program disertakan untuk tatapan semua.